Monday 12 November 2012

pure marine collagen atau rumpai laut

Sarang burung laut organik atau rumpai laut (kadang-kadang juga dipanggil rumput laut) merupakan satu anugerah alam yang tidak terperi manfaat dan khasiatnya. Diistilahkan sebagai “seaweed” dalam bahasa Inggeris atau “saghe” dalam loghat Kelantan, ia biasanya boleh di dapati di perairan laut yang jernih dan tidak begitu dalam lebih-lebih lagi di kawasan yang terdapat terumbu karang.

PENGENALAN SEPINTAS LALU

Sarang burung laut organik atau rumpai laut ini amat dikenali di kalangan masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. Dikenali dengan pelbagai nama seperti Seaweed di Barat, “Limu” di Hawai, "purple laver" di Britain dan di Asia Timur ini dipanggil sebagai dipanggil “rumpai laut”, “rumput laut” atau “sayur laut”, ianya mengadungi khasiat yang amat tinggi yang dikatakan hampir menyamai khasiat sarang burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (Halal) semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup di dasar laut cetek di tembusi cahaya matahari. Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih,tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.

Istilah rumpai digunakan pada flora ini, lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran. Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian diet),perubatan, industri kecantikan dan industri lain. Biasanya, sarang burung laut yang di bungkus 100% secara semula jadi dari laut akan berbau air laut dan mempunyai sisa-sisa garam.

KHASIAT DAN MANFAATNYA

Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
Menguatkan tulang dan sendi.
Meningkatkan sel rawan dan otot.
Merawat penyakit gaut.
Mencegah kanser
Menurunkan tekanan darah tinggi.
Merawat Gastrik.
Anti bakteria / kulat.
Merawat Anemia.
Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
Menpercepatkan penyembuhan luka.
Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).
Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
Memberi Kekenyangan(diet).
Melancarkan sistem metabolisme.
Memulihara usus kecil.(Sembelit).
KEGUNAAN DI DALAM BIO-PERUBATAN

Dalam industri bio-perubatan dan farmaseutikal, hasil rumpai laut ini digunakan pada pembalut luka, dan penghasilan acuan pergigian dan ada beberapa bilangan peneparan lain. Dalam pengajian mikrobiologi, agar secara banyak digunakan sebagai perantara kebudayaan. Carrageenans, alginates dan agaroses (yang ketiga adalah disediakan dari agar melalui penulenan), bersamaan dengan macroalgal polysaccharides lain yang kurang dikenali, juga mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti mustahak biologikal atau penerapan dalam bioubat.[perlu rujukan] Ia telah dituntutkan bahawa rumpai laut ada sifat-sifat penyembuhan untuk tuberkolosis, artritis, demam sejuk dan selsema, penyakitan cacing dan juga tumor [1]. Sebilangan kajian penyelidikan telah diconduct untuk menyelidik dakwaan-dakwaan ini dan kesan rumpai laut pada kesihatan manusia

No comments:

Post a Comment

Form

Name:
Address:
Contact Number :
Items (Code/Name/Colour/Quantity):
Payment Via :
Payment Period : 1 hour after email replied
24 hours after email replied
Delivery/Shipping Method :

Put a website form like this on your site.